Pages

Monday, November 29, 2010

Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd pembaca blog ini,semalam aku ada terbaca entri berkenaan dengan Hukum Iklan Nuffnang ,Advertles ...dan lain-lain...Sebenarnye aku dah lama cari bende ni...Akhirnye jumpa juga... jadi,aku nak share juga apa yg aku tahu kpd korang semua... harap-haraplah kita semua tak terjebak dalam melakukan kesalahan dalam blog dan kalau dah terjebak kembali la ke pangkal jalan...

tak dinafikan aku pon ada juga pernah buat kesalahan dalam kes camni,...tapi lepas baca ni... aku akan lebih berhati-hati...yelah, taknak la dapat duit tu secara haram... haram macamana?kalau nak tahu sila baca apa yg aku copy paste ni ... harap blogger-blogger semua bersikap terbuka ye...




Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.
  • Maksud iklan perklik
Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.
Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..
  • Hukum menyertai
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
  • Pembeli dan penjual?
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik
Pembelinya – pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  • Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.
Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.
Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  • Peringatan :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.
Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.
Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.
  • Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).
Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.
 



P/s: kredit untuk penulis asal Ustaz Nor Amin dan juga Aizuddin yang susun entri jadi cantik camni...

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. xslh ltk iklan...
    jgn ltk iklan2 yg haram...
    jgn langgar perjanjian plak...
    hikhik..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. jangan la ada sumber haram masuk, memang x berkat la duit tu huhu..

    nway, salam perkenalan ^^

    ReplyDelete
  5. betul2..masa register kt nuffnang pon, x main klik aje mana iklan yg nk publish kt blog kita..tgk dulu betol2..x rela makan duit haremmmm :D

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. try madukan nuffnang dgn ni :" https://publisher.smowtion.com/users/signup/adz6061 "
    terbukti tiada masalah ^.^
    (stakat 2minggu saya guna)

    ReplyDelete

takkan tengok jer?komen la sekali... ok