Pages

Friday, June 3, 2011

Satu bilion guna Facebook tahun depan

NEW YORK: Hampir 700 juta orang menggunakan laman Facebook di seluruh dunia, dengan angka itu dijangka mencecah satu bilion pada musim bunga tahun depan.

Berdasarkan laman statistik Social Bakers, perkembangan terpantas dicatat di Brazil apabila Facebook mencatat 1.9 juta pengguna bulan lalu di negara terbesar Amerika Selatan itu. Negara lain yang mempunyai pengguna rangkaian sosial yang semakin meningkat adalah Indonesia, Filipina, Mexico dan Argentina.




Pertambahan itu menyaksikan laman diasaskan Mark Zuckerberg mempunyai 20 juta pengguna baru secara purata setiap bulan. Laman rangkaian sosial itu mencatat peningkatan sejak September 2009. Pada Julai lalu ketika Facebook mencapai 500 juta pengguna, Zuckerberg berkata tidak mustahil ia akan mencapai satu bilion pengguna.

“Saya jamin ia akan berlaku,” katanya pada Festival Pengiklanan Antarabangsa Cannes Lions. “Pasti menarik untuk menyaksikan bagaimana ia terjadi,” tambahnya. - Agensi

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1biliongunaFacebooktahundepan/Article/index_html

7 comments:

  1. mmg ramai lah..sampai makcik2 tue pon ade fb..haha

    ReplyDelete
  2. kegilaan facebook mengatasi laman2 sosial yang lain..

    ReplyDelete
  3. Kat msia mgkin akan kurang sorang kot sbb kwn ingat nak delete dah kwn punya akaun,hehe...

    ReplyDelete
  4. facebook dah diibarat macam makanan

    ReplyDelete
  5. kdg kalo fikir bad effect bgs jgk kalau fb tu xde

    ReplyDelete

takkan tengok jer?komen la sekali... ok