NEW YORK: Hampir 700 juta orang menggunakan laman Facebook di seluruh dunia, dengan angka itu dijangka mencecah satu bilion pada musim bunga tahun depan.
Berdasarkan laman statistik Social Bakers, perkembangan terpantas dicatat di Brazil apabila Facebook mencatat 1.9 juta pengguna bulan lalu di negara terbesar Amerika Selatan itu. Negara lain yang mempunyai pengguna rangkaian sosial yang semakin meningkat adalah Indonesia, Filipina, Mexico dan Argentina.
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Friday, June 3, 2011
Monday, February 21, 2011
Steve Jobs mungkin tidak hidup lama?
SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.
Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.
Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.
Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.
Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.
Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."
Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.
Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir.
"Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.
Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion). - Agensi
Sunday, January 30, 2011
Maher Zain Inshaallah Malay version ? Jom dengar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,tadi tengah jalan2 ... terjumpa plak pasal lagu Maher Zain berjudul Inshaallah dan kali ni dinyanyikan dalam versi melayu ...kalau dengar suaranya memang Maher Zain... nak dengar? jom layan... sedap gak versi melayu ni...
Lirik di bawah...
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...
[chorus]
Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...
[chorus]
Kalau nak tahu,Maher Zain akan nyanyi secara live lagu Inshaallah versi melayu kat konsert yg akan dilangsungkan nnti...
info di sini : http://www.facebook.com/event.php?eid...
atau ke MZMfc : www.facebook.com/MZMfc
atau ke Official Page Maher Zain : www.facebook.com/MaherZain
promote je.. x pergi pon... hehe
Lirik di bawah...
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...
[chorus]
Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...
[chorus]
Kalau nak tahu,Maher Zain akan nyanyi secara live lagu Inshaallah versi melayu kat konsert yg akan dilangsungkan nnti...
info di sini : http://www.facebook.com/event.php?eid...
atau ke MZMfc : www.facebook.com/MZMfc
atau ke Official Page Maher Zain : www.facebook.com/MaherZain
promote je.. x pergi pon... hehe
Saturday, January 1, 2011
Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia .
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,hari ni seorang pelakon yang pernah berlakon dalam drama bersiri Adamaya telah meninggal dunia tengah hari tadi...
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Berita Harian Online
Faizal Yusof ni trkenal gak dlm lakonan drama Adamaya ...
Sunday, December 26, 2010
Malaysia vs Indonesia : Malaysia menang 3-0 !!
KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.Sumber : Berita Harian
Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Malaysia menang 3-0 ...haha ... walaupun aku tak minat sgt bola...nak kne tau gak nih... :P ... tpi perlawanan belum tamat lgi... harap Malaysia dapat menang piala AFF Suzuki ... :)
Thursday, November 11, 2010
Malaysia memenangi pertandingan populariti Internet
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Rakyat Malaysia merupakan orang yang paling popular dalam carian di Internet, sementara rakyat Jepun berada di tempat tercorot, berdasarkan kaji selidik global yang menunjukkan bagaimana budaya nasional mencerminkan kelakuan secara dalam talian.
Kajian Digital Life oleh firma penyelidikan global, TNS merumuskan rakyat Malaysia memenangi pertandingan populariti Internet dengan purata 233 rakan-rakan di rangkaian sosial mereka, berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun.
Penemuan itu bukan merupakan satu kejutan bagi sebuah negara terdiri daripada pelbagai budaya yang suka berkawan dan mempunyai tradisi majlis 'rumah terbuka' di mana ia terbuka untuk semua serta membawa kepada pertemuan kenalan baru.
Kajian Digital Life oleh firma penyelidikan global, TNS merumuskan rakyat Malaysia memenangi pertandingan populariti Internet dengan purata 233 rakan-rakan di rangkaian sosial mereka, berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun.
Penemuan itu bukan merupakan satu kejutan bagi sebuah negara terdiri daripada pelbagai budaya yang suka berkawan dan mempunyai tradisi majlis 'rumah terbuka' di mana ia terbuka untuk semua serta membawa kepada pertemuan kenalan baru.
Tuesday, November 9, 2010
Pencipta pendrive ....
tgh surf tenet trjumpe plak artikel org yg cipta Pendrive yg skrg ni 1 dunia tgh gune... first jumpe diorg ckp org malayia yg buat...susah gak nk caye..tpi hanafijaafar bgitau dekat komen yg ciptanya org lain ...ni fakta yg betul..sebenarnye yg cipta usb flash drive tu ialah Dov Moran,bile kaji balik.. mmg betul... haha... dia ialah isreal engineer,inventor dan businessman.tq hanafijaafar psl bgitau fakta yg betul ... :)
Wiki Dov Moran
Wiki Dov Moran
Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan (DIS)
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


