Pages

Monday, February 21, 2011

Steve Jobs mungkin tidak hidup lama?

SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.
Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.
Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.
Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.

Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."

Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.
Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir.

"Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.
Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion). - Agensi

19 comments:

  1. mengikut informasi terkini..syarikat apple tengah pening kepala nak mencari penganti dia.. sebab tak ramai engineer yang mempunyai kepala otak ligat mcm dia.

    ReplyDelete
  2. x pernah tau pun die ni yang wat ipod n macam2 barang apple tu.. dapat g 1 ilmu baru.. thanx =)

    ReplyDelete
  3. pakat menadah tangan belake anak2 die tunggu harta...
    huhu...

    ReplyDelete
  4. semalam baru baca artikel yang dia ada 6minggu saja lagi utk hidup...wallahualam...

    ReplyDelete
  5. aduii, jangan lah syarikat apple ni tutup pulak nanti.

    ReplyDelete
  6. untungnya dy kalo Islam...~
    moga dberi hidayah walopun d saat akhir :)

    ReplyDelete
  7. aishhh...bila org dah ramalkan kematian...huhuu

    ReplyDelete
  8. baru tahu dia ni yg buat barang2 apple .

    ReplyDelete
  9. Duit banyak mane pon tapi nyawa xleh beli...!!!

    ReplyDelete
  10. jodoh ajal maut semua di tgn Allah..
    dr hanya mampu meramal..
    banyak jugak ek duit die..
    kalaula die leh bagi kat kiter kan best..
    gunepun x hbs..

    ReplyDelete
  11. setuju ngan cik nurul :)..
    ladybird: kalo dia bagi kat kita..bukan stakat guna x abis..syarikat nuffnang pun boleh beli :D

    ReplyDelete
  12. Hye...kesian dia dah nak mati dah..:)
    pas nie IPhone lEh dapat murag la..
    DISKAUN...

    JOM jengah blog saya... Meh Makan UBAT!!! (http://sheypull.blogspot.com)

    ReplyDelete
  13. hurm... die nak mati dh ek.. nk wt cam ner..

    ReplyDelete
  14. mungkin dah x de i-phone 5,6,7 dan seterusnye

    ReplyDelete

takkan tengok jer?komen la sekali... ok